Kemunculan Dan Perjalanan Imam Mahdi







Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, akan muncul terlebih dahulu as-Sufyani, yang dikatakan muncul di tengah-tengah Damsyik. Dia akan menjadi pemerintah di sana dan membina angkatan tentera yang kuat, ramai dan lengkap. Dia seorang yang pintar bercakap dan mendapat sokongan daripada rakyatnya dalam setiap apa yang dilakukan termasuk memerangi Imam Mahdi.

As-Sufyani akan memerangi sesiapa sahaja yang berani menentangnya. Penindasan akan berleluasa di setiap pelosok dunia akibat pemerintahan as-Sufyani itu, dia membunuh sesuka hati, sehingga perempuan mengandung dan kanak-kanak kecil pun turut dibunuh tanpa belas kasihan. 
Satu pasukan tentera as-Sufyani yang besar jumlahnya dihantar ke Kufah dan mereka memerangi penduduk Khurasan, melakukan kerusakan yang amat besar dan membunuh penduduknya dalam jumlah yang amat ramai. Pada ketika itulah munculnya Panji-panji Hitam yang pasukan tenteranya amat kecil tetapi amat kuat dan gagah, dipimpin oleh Syuaib bin Saleh, Bani Tamim, yang bersatu dengan pasukan pimpinan al-Hasyimi.

Pasukan Syuaib ini berhasil menghalang pasukan tentera as-Sufyani daripada terus melakukan kerusakan. Satu pertempuran yang sangat dahsyat akan terjadi mengakibatkan banyak tentara dari kedua-dua pasukan menjadi. Namun, lebih banyak dari pasukan as-Sufyani, sehingga mereka kalah dengan sehancur-hancurnya bersamaan dengan masa itulah, seruan-seruan dari langit berulang kali menyebut-nyebutkan nama Imam Mahdi, menyebabkan beliau terkenal dimana-mana.

As-Sufyani dengan segera mengantar satu lagi pasukan tenteranya dalam jumlah yang besar dari arah Iraq untuk menghapuskan Imam Mahdi. Mereka sampai ke Madinah lalu menghancurkannya, membunuh seramai-ramai penduduknya termasuk perempuan mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak kecil. Akhirnya Madinah hampir-hampir menjadi kota sepi, dengan yang tinggal hanyalah binatang-binatang liar dan runtuhan-runtuhan bangunan.

Kemudian pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanannya ke Makkah tetapi dalam perjalanan,  keseluruhan pasukan ini ditelan bumi. Tiada yang selamat melainkan dua orang yang segera menyampaikan berita kemalangan itu kepada as-Sufyani. Bagaimanapun, berita buruk itu tidak menakutkan as-Sufyani walau sedikit pun.

Akhirnya dalam satu peperangan, Imam Mahdi berjaya menangkap As-Sufyani. Kemudian Imam Mahdi memerangi Kalb sama seperti yang diperbuat kepada As-Sufyani sebelumnya. Seluruh harta benda mereka berdua ini akan dirampas dan dimasukkan ke dalam Baitulmal. Dengan matinya kedua-dua musuh utama Imam Mahdi ini, seluruh dunia akan menjadi sangat aman, tidak ada lagi peperangan yang melibatkan mana-mana pihak (Islam dan Kristian , dan seluruh agama akan melebur menjadi satu). Pada ketika itu, seluruh dunia sudah berjaya ditawan oleh Imam Mahdi dan diperintah secara langsung oleh beliau.

Imam Mahdi juga akan memerangi India sehingga berjaya menawannya dengan mudah sahaja. Selepas itu, seluruh India dan kawasan-kawasan sekitarnya berjaya ditakluk oleh Imam Mahdi. Kemudian Imam Mahdi akan pergi memerangi China dan negara-negara di sekitarnya termasuk Jepun. Seluruh kawasan di rantau berkenaan turut berjaya beliau tawan dan memeluk Islam.

Beliau juga akan menghadapi tentangan daripada Dajjal yang akan muncul semasa Imam Mahdi sedang memerintah dunia. Kemunculan Dajjal itu memang amat menyusahkan, dan tidak ada kesusahan yang lebih berat dari itu sepanjang sejarah peradaban manusia yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dajjal seterusnya menguasai seluruh dunia dengan dibantu oleh hampir seluruh bangsa Yahudi. Dan sepanjang empat puluh hari itulah mereka benar-benar dapat merasa memerintah seluruh dunia ini, seperti yang sekian lama mereka idam-idamkan. 

Kisah yang mengharukan , menakutkan , mencengangkan , menegangkan , menggembirakan ,  mengada ada , ilusi atau apapun itu , silahkan dinilai sendiri.

Wallahu A'lam 

No comments:

Post a Comment